Farzana Natasha's Blog Farzana Natasha's Blog: Tips Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Wednesday, 15 May 2013

Tips Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


Assalamualaikum . .

Haluuuu ! Anybodies here ? Oh , yeah ! I see ! Ada reader yang cun comel , handsome tengah baca entri ney lah . Wahhh ! Wahhh ! ;) *kenyit mata* Tewww , kenyit mata teww ! Ada yang tergoda tak ? Hahaha , k . perasan lagi -.-
Banyak merepek makan kerepek lah Cik Nanaa ney -,- Tabiat ney memang takk mau berpisah seinci pown lah dengan aku . Hishhh , susah ! Susah >< Ya lah , dah nama pown tabiat . Hahaha k -,- 

Okey , okey . Now , tarik nafas then lepas . Hurhhhhh ! Okey , back to the title . Entri kali ney Nanaa nak kasi tips sikit . Tips untuk hilangkan lingkaran gelap dekat bawah mata . Ewahhh , kalau cakap pasal tips ja, hah ! mesti semua pakat nak taw kan ? 

Ha'ah , besalah . Mana ada perempuan yang tak mau jadi cantik Kak Milah oiii . Kalau tanya 500 orang , mesti 498 orang nak nampak cantik . Lagi 2 orang tuh saja-2 ja tuh , buat-2 tak mau cantik , tunjuk jiwa brutal katakan . Tapi sebenarnya dalam hati . Hah ! Beribu ribu taman dah terbina . Hahaha :D


Tengok gambar atas tuh . Alahhh , tak lawa lah . Ada hitam bawah mata . Hilang habis seri seri muka kan ? You know what ? Mata akan nampak macam panda . Selalunya disebabkan akibat kurang tidor atau keletihan yang jadi macam ney . Adehhh , kesian kan . Nasib baik mata Nanaa normal lagi . Hihi :D

Actually , pancaran mata adalah bahasa hati seseorang . Bak kata pepatah , "Dari mata turun ke hati". Tewww , hati lah brader . Hati k hati . Hahaha k ._. Kalau orang yang banyak pengalaman , contohnya mak kita , dia boleh taw samada kita bercakap benar atau bercakap bohong dengan hanya merenung pandangan dan kerdipan mata kita semasa berhadapan dengan dia . Dikatakan juga orang yang cantik jelita lagi menawan tertarik lagi teh tarik ialah seseorang yang mempunyai pandangan mata yang bercahaya dan berseri seri .

So , moral of the story memang penting sangat lah untuk kita menjaga kecantikan mata ini ! Cewahhhh , ayat . Formal habisss ! Hahaha :D

Okey , dekat bawah ney ada beberapa tips . Hurmm , turunkan scroll bar anda dan baca sepuas-puasnya okey :)

1 . Jus Lemon
Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam . Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari . Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati :)
2.  Uncang Teh
Korang suka minum teh tak ? Hah ! Pastikan uncang teh yang korang gunakan tuh jangan dibuang terus kat dalam tong sampah tapi sejukkannya dalam peti sejuk . And gunakannya dengan menekapkan pada mata . Lakukan sebelum dan selepas tidur :)
3. Potongan Kentang
Kupas then bersihkan dan potong kentang nipis-nipis . Lekapkan pada mata . Biarkan selama 20 minit . Lakukan sebelum dan selepas tidur .
4. Air Sejuk
Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur .
5. Kuning Telur , Madu dan Perahan Lemon
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon . Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata . Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya .
6. Minyak Sapi
Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata . Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih . Amalkan selalu sebelum tidur .
7. Rehat yang Cukup
Hah ! Yang ney penting . Sibuk sesibuk mana sekalipun kita mesti kena tidur dengan secukupnya . Sekurang-kurangnya 8 jam sehari . Barulah kita boleh jalani kehidupan seharian dengan sebaiknya :)

Hurmmm , itu saja . Selamat mencuba , insyaAllah akan dapat kesan yang baik , aamiinn :)
Dan selamat bermata cantik semua *kelip kelip mata* . Almaklumlah , bak kata nenek moyang kita , daripada mata turun ke hati . Hihihi :D 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

5 Coments :

  1. Dulu selalu la jugak buat yang guna air sejuk tu tapi sekarang hahahaha. malas gilaaa >.<

    ReplyDelete
  2. Hahaha , normal lah . memang lama-2 kita akan jadi malas . Tapi kalau betul-2 nak lebam tuh hilang memang semangat gila lah nak buat . hehe :)

    ReplyDelete
  3. Sapu air sejuk tu paling senang. Hihi. Kena try la. Sebab akak memang ade problem ni.

    ReplyDelete
  4. Owh , try lah kak . InsyaAllah berhasil . Hehew ;)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Jom singgah AZ Collection.. Mcm2 pilihan PEPLUM ade kat sini..
    Dapatkan dengan harga yang SANGAT MURAH!! Nak tempah FELT KRAF pn blh..
    Apa lagi? Jom la singgah sini
    https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002..

    Jom LIKE.. <3

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Farzana Natasha
Blog Peribadi Hak Milik Farzana Natasha