Farzana Natasha's Blog Farzana Natasha's Blog: April 2013

Sunday 28 April 2013

Kisah Adam Corrie Lee Memeluk Islam


Assalamualaikum . .
 Alhamdulillah , dengan izin-Nya jua kita masih lagi dapat bernafas . Dengan kasih sayang-Nya jua seluruh makhluk di muka bumi masih terus bertasbih kepada-Nya . Alhamdulillah :')

Hurmm , dah lama Nanaa tak post entri kan ? Ya lah ! Minggu ney busy sangat . SANGAT ! Puihhh ! Bajet busy kalah PM Nanaa ney ! Hahahahaha k ._. Ehh , lawak ka ? Kenapa aku gelak ? K , Nanaa memang suka buat syok -.-

Act , banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan . Dengan latihan choral speeking setiap petang lagi . Nanaa wajib pi , conductor lah katakan ! Kalau tak pi , bising lah satu kelas , marah aku . Huh ! Takut ><

Kami lawan hari Khamis minggu depan . Hope menang lah  . Aamiinn !  Doakan kami menang taw , taw ? ;) Hihihi :D

Ehh , Nanaa nak crita apa ekk ? Haiyaa ! Amma ! Appa ! Ayoyo ! Sudah lupa maa ! *tepuk dahi* Soli , soli ! :( Hehew , sebenarnya Nanaa nak story pasal Adam Corrie Lee yang memeluk Islam ney haa .

Kisah Adam Corrie Lee ney sebenarnya dah lama dah . Dia peluk Islam waktu tahun 2007 lagi .  Tapi ramai yang tak taw lagi kisah dya . So , sebab tuh lah Nanaa nak crita pasal dya ney haa :) Nanaa boleh taw pasal dia pown sebab Nanaa terjumpa majalah lama kat dalam almari buku tadi . Sebab tuh lah yang beria-ria nak story pasal dia . Hehew .

Ehh , ehh . Sat sat sat ! Nak tanya ney . Hangpa kenal ka sapa Adam Corrie Lee ney ? Hah ? takk kenal . Alalala , yang hok dok berlakon tuh lah . Ney , tengok gambaq dia dekat bawah ney .



 

Okey , dah kenal kan ? Hah , Nanaa nak story pasal dia lah ney .
Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi , sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam. 

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala , Port Dickson . Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar . Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu . Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka ."

“Apatah lagi , kawan baik saya semasa kecil , Rahim merupakan anak seorang ustaz . Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik ."

“Tanggal 13 Julai 2007 , secara rasmi saya telah kembali pada fitrah . Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Buddha . Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi . Belajar bagaimana solat , serba sedikit mengenai fardu ain ."

“Saya telah mengucap dua kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah . Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun . Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya ."

 Nak taw macam mana dia boleh peluk Islam ? Hurmm , dia dapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur . 
 “Ya Allah ! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku , Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah .”

"Ketika tidur saya telah bermimpi SEPERTI berada di syurga , lalu didatangi seorang yang bercahaya putih , mukanya bersih tersenyum . Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu . INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu ."
"Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam , perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah . Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru , Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya."


"Ketika mengerjakan Umrah , saya solat di hadapan Kaabah . Alhamdulillah , beberapa kali masuk waktu solat . Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud . Tapi gagahkan juga untuk sujud . Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit . Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang ."
Isteri Adam Corrie juga banyak membantu Adam Corrie di awal perkahwinan .

"Sejak awal perkahwinan lagi , setiap malam sebelum tidur isteri saya akan bacakan buku agama , manakala saya akan mendengarnya . Mula-mula isteri membaca buku mengenai Rasul-rasul . Kemudian membaca buku berkaitan hukum hakam agama ." 
"Membaca buku sebelum tidur sudah menjadi rutin. Sekarang kami sudah bergilir-gilir membaca dan mendengar . Salah satu cara menimba ilmu dan mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri."

Wahhh , sweetnya . Mulianya hati isteri Adam Corrie tolong suami dia dalam mengenali lebih dalam lagi mengenai Islam . Indahnya cahaya taufiq dan hidayah , semua ini nikmat yang sangat besar . Alhamdulillah :)

Sekarang ney , kebanyakan lah yang Nanaa tengok orang yang baru peluk Islam ney sebenarnya lebih baik , lebih jaga solat 5 waktu dan lebih alim lagi dari orang yang sejak azali lagi Islam . Kan ? Kan ? Entah lah apa pendapat korang . Tapi kalau mengikut kajian Nanaa macam ney lah . Hehew :)

Sepatutnya kita yang Islam ney kena bersyukur sebab dilahirkan dalam keadaan Islam . Actually , Nanaa pown tak berapa baik sangat , banyak kekurangan . Tapi InsyaAllah akan diubah perlahan-lahan . Btw , isteri Corrie Lee ney memang the best lah . Dia banyak tolong suami dia . Seandainya semua orang dekat dunia ney macam isteri dia . Woaahh :O

Hope Adam Corrie Lee dengan isteri bahagia hingga ke Jannah . Aamiinn :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 13 April 2013

Nicki Minaj Hina Islam



Whoaaaahhhh ! *mengeliat*
Assalamualaikum . .
Hye guys ! *kenyit mata* Wahh , dah lama Nanaa tak update blog kan ? 
Hurmm , maw tak nya Nanaa online just jalan jalan dekat blog orang saja . Sat singgah sana , sat singgah sini . 
Sebenaqnya Nanaa suka tengok blog yang comel comel tuh haa :3
Hee , entri kali ney Nanaa nak story pasal manusia yang Nanaa benci sangat ney hah . *cebik mulut*
Bukannya Nanaa saja-2 nak benci dya , tapi disebabkan dya hina agama Islam , agama Allah . Hah , ney naik geram kat dya ney . Nak taw sapa ? Hah , takkan lah tak kenal dya kan . Rasanya semua dah kenal kowt , "NICKI MINAJ"
Arghh ! Dengaq ja nama dia . Mesti rasa macam nak tumbuk saja . Telinga pown habis keluaq api berasap-rasap . Ada ka macam ney ? K , aku bohong . Hahaha .


See ? Nampak jelas-2 kan ? Hah ! Macam-2 sungguh sekarang ney kan ?  Naik pening kepala Nanaa , hmmm . *sigh*
Kepada yang ada simpan lagu-2 dya tuh . Cepat-2 lah delete . Buat apa nak simpan lagi . Dah tahu dya memang hina Islam . Sah-2 Kafir . Delete lah yea :)
Padahal Islam tak buat apa-2 pown kat diorang , tapi diorang tak suka sungguh kat Islam . Hurmm , sedih lah . Jom sama-2 kita doakan dya dapat hidayah . 
Kalau dia peluk Islam , automatik ramai lagi orang kafir yang sentiasa support dya masuk Islam jugak . Jom sama-2 kita doakan :)
Kepada yang Islam , tolong sebarkan benda ney kepada semua Islam . Dapat pahala kalau saling peringatkan . And tolong boikot lagu dya dan tuan punya lagu sekali yea :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 6 April 2013

Ganjaran Bersedekah



 Assalamualaikum . .

Hello the readers ! Macam mana hari ney ? Sihat ? Hope korang sihat lah yea ;) 
Hurmm , Nanaa kurang sihat ckit . Entah , pening-2 ckit . Mungkin sebab cuaca sekarang ney sama kowt , panas ! Hurmm , entah lah . 

Hurmm , sebenaqnya Nanaa bukan nak crita pasal Nanaa sihat ke tak ney haa :3

Entri kali ney Nanaa nak kongsi ilmu ckit . Untuk apa kalau kita ada ilmu tapi tak dikongsikan  dengan orang lain , tak dak guna jugak kan . Nanaa nak cerita pasal GANJARAN BERSEDEKAH . 

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)

See ? Kalau satu kita sedekah , sepuluh Allah balas . Allah Maha Pemurah . 
Ingat ! Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga . Allah akan melapangkan dada , membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterakan seluruh hidup kita . 

Jadi , adalah lebih baik jika kita kongsi dan nikmati bersama-sama orang yang memerlukan . Wajib kita beriman dan bersedekah seikhlasnya sebab kalau sedekah dengan ikhlas ney sebenaqnya mampu meringankan beban dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka .

Ya Allah , sesungguhnya Allah Maha Pemurah . Sedangkan kita kekadang nak bersedekah pown pikiaq banyak kali dulu . Hurmm :/
Rasulullah SAW bersabda :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

So , bersedekahlah kita walaupun sedikit , apa-2 pown yang penting hati kita kena ikhlas kerana Allah . Kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki tu bukannya semuanya hak milik kita , sebenarnya ada jugak hak orang lain . 

Sedekah umpama pelaburan jangka panjang kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat .

5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

5 kebaikan di akhirat :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Diringankan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga                                                                          

Ya Allah , banyak sungguh ganjaran bersedekah ney . Tapi kita kena ingat , hati kita kena ikhlas kerana Allah . Kalau ada sifat riak , hmm , memang tak dak gunalah kita bersedekah . 
Hah , lepas ney kalau pi masjid tuh , ringan-ringankan lah tangan sedekahkan duit dalam tabung masjid tuh yea . Hehew , pesanan untuk diri sendiri jugak ney . Hehew :D
And Nanaa pernah dengaq orang kata ucapan baik yang keluaq dari mulut kita jugak merupakan sedekah . So , sentiasalah kita cakap benda-2 yang baik-2 saja naa :')
Sesungguhnya sedekah sangatlah indah , jom jom , kita sama sama perbanyakan sedekah kerana Allah ! :')
Waullahu ‘Alam






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Farzana Natasha
Blog Peribadi Hak Milik Farzana Natasha