Farzana Natasha's Blog Farzana Natasha's Blog: Ganjaran Bersedekah

Saturday 6 April 2013

Ganjaran Bersedekah



 Assalamualaikum . .

Hello the readers ! Macam mana hari ney ? Sihat ? Hope korang sihat lah yea ;) 
Hurmm , Nanaa kurang sihat ckit . Entah , pening-2 ckit . Mungkin sebab cuaca sekarang ney sama kowt , panas ! Hurmm , entah lah . 

Hurmm , sebenaqnya Nanaa bukan nak crita pasal Nanaa sihat ke tak ney haa :3

Entri kali ney Nanaa nak kongsi ilmu ckit . Untuk apa kalau kita ada ilmu tapi tak dikongsikan  dengan orang lain , tak dak guna jugak kan . Nanaa nak cerita pasal GANJARAN BERSEDEKAH . 

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)

See ? Kalau satu kita sedekah , sepuluh Allah balas . Allah Maha Pemurah . 
Ingat ! Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga . Allah akan melapangkan dada , membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterakan seluruh hidup kita . 

Jadi , adalah lebih baik jika kita kongsi dan nikmati bersama-sama orang yang memerlukan . Wajib kita beriman dan bersedekah seikhlasnya sebab kalau sedekah dengan ikhlas ney sebenaqnya mampu meringankan beban dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka .

Ya Allah , sesungguhnya Allah Maha Pemurah . Sedangkan kita kekadang nak bersedekah pown pikiaq banyak kali dulu . Hurmm :/
Rasulullah SAW bersabda :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

So , bersedekahlah kita walaupun sedikit , apa-2 pown yang penting hati kita kena ikhlas kerana Allah . Kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki tu bukannya semuanya hak milik kita , sebenarnya ada jugak hak orang lain . 

Sedekah umpama pelaburan jangka panjang kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat .

5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

5 kebaikan di akhirat :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Diringankan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga                                                                          

Ya Allah , banyak sungguh ganjaran bersedekah ney . Tapi kita kena ingat , hati kita kena ikhlas kerana Allah . Kalau ada sifat riak , hmm , memang tak dak gunalah kita bersedekah . 
Hah , lepas ney kalau pi masjid tuh , ringan-ringankan lah tangan sedekahkan duit dalam tabung masjid tuh yea . Hehew , pesanan untuk diri sendiri jugak ney . Hehew :D
And Nanaa pernah dengaq orang kata ucapan baik yang keluaq dari mulut kita jugak merupakan sedekah . So , sentiasalah kita cakap benda-2 yang baik-2 saja naa :')
Sesungguhnya sedekah sangatlah indah , jom jom , kita sama sama perbanyakan sedekah kerana Allah ! :')
Waullahu ‘Alam






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 Coments :

  1. tak akan jd miskin org yg bersedekah.tak mampu harta,kita sedekah tenaga..jom sama2 kite bersedekah..

    ReplyDelete
  2. Hee , okey . Thanks ya kak ;)Salam ukhwah :)

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Farzana Natasha
Blog Peribadi Hak Milik Farzana Natasha