Assalamualaikum . .
Hello the readers ! Macam mana hari ney ? Sihat ? Hope korang
sihat lah yea ;)
Hurmm , Nanaa kurang sihat ckit . Entah , pening-2 ckit .
Mungkin sebab cuaca sekarang ney sama kowt , panas ! Hurmm , entah lah .
Hurmm , sebenaqnya
Nanaa bukan nak crita pasal Nanaa sihat ke tak ney haa :3
Entri kali ney Nanaa nak kongsi ilmu ckit . Untuk apa
kalau kita ada ilmu tapi tak dikongsikan dengan orang lain , tak dak guna
jugak kan . Nanaa nak cerita pasal GANJARAN BERSEDEKAH .
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah
bersabda :
"Harta tidak akan
berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
tambahkan kewibawaan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)
See ? Kalau satu kita sedekah , sepuluh
Allah balas . Allah Maha Pemurah .
Ingat ! Setiap perbuatan
baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga . Allah akan melapangkan
dada , membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan
mensejahterakan seluruh hidup kita .
Jadi , adalah lebih baik
jika kita kongsi dan nikmati bersama-sama orang yang memerlukan . Wajib kita
beriman dan bersedekah seikhlasnya sebab kalau sedekah dengan ikhlas ney
sebenaqnya mampu meringankan beban dan menjauhkan diri kita daripada panas api
neraka .
Ya Allah , sesungguhnya
Allah Maha Pemurah . Sedangkan kita kekadang nak bersedekah pown pikiaq banyak
kali dulu . Hurmm :/
Rasulullah SAW bersabda :
"Bersedekahlah kamu
sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat
memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air
dapat memadamkan api."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
So
, bersedekahlah kita walaupun sedikit , apa-2 pown yang penting hati kita kena
ikhlas kerana Allah . Kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki tu
bukannya semuanya hak milik kita , sebenarnya ada jugak hak orang lain .
Sedekah umpama
pelaburan jangka panjang kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di
dunia dan lima kebaikan di akhirat .
5 kebaikan di dunia :
1.
Menyucikan harta
2.
Menyucikan badan
3.
Menolak bala dan penyakit
4.
Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5.
Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
5 kebaikan di akhirat :
1. Dinaungkan Allah
orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Diringankan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Ya Allah , banyak sungguh ganjaran bersedekah ney . Tapi kita kena ingat , hati
kita kena ikhlas kerana Allah . Kalau ada sifat riak , hmm , memang tak dak
gunalah kita bersedekah .
Hah , lepas ney kalau pi masjid tuh , ringan-ringankan lah tangan sedekahkan duit dalam tabung masjid tuh yea . Hehew , pesanan untuk diri sendiri jugak ney . Hehew :D
And Nanaa pernah dengaq orang kata ucapan baik yang keluaq dari mulut kita jugak merupakan sedekah . So , sentiasalah kita cakap benda-2 yang baik-2 saja naa :')
Sesungguhnya sedekah sangatlah indah , jom jom , kita
sama sama perbanyakan sedekah kerana Allah ! :')
Waullahu ‘Alam
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment