Assalamualaikum . .
Alhamdulillah , dengan izin-Nya
jua kita masih lagi dapat bernafas . Dengan kasih sayang-Nya jua seluruh
makhluk di muka bumi masih terus bertasbih kepada-Nya . Alhamdulillah :')
Hurmm , dah lama
Nanaa tak post entri kan ? Ya lah ! Minggu ney busy sangat . SANGAT ! Puihhh !
Bajet busy kalah PM Nanaa ney ! Hahahahaha k ._. Ehh , lawak ka ? Kenapa aku
gelak ? K , Nanaa memang suka buat syok -.-
Act , banyak sangat
kerja yang perlu diselesaikan . Dengan latihan choral speeking setiap petang
lagi . Nanaa wajib pi , conductor lah katakan ! Kalau tak pi , bising lah satu
kelas , marah aku . Huh ! Takut ><
Kami lawan hari
Khamis minggu depan . Hope menang lah . Aamiinn ! Doakan kami
menang taw , taw ? ;) Hihihi :D
Ehh , Nanaa nak
crita apa ekk ? Haiyaa ! Amma ! Appa ! Ayoyo ! Sudah lupa maa ! *tepuk dahi*
Soli , soli ! :( Hehew , sebenarnya Nanaa nak story pasal Adam Corrie Lee yang
memeluk Islam ney haa .
Kisah Adam Corrie
Lee ney sebenarnya dah lama dah . Dia peluk Islam waktu tahun 2007 lagi
. Tapi ramai yang tak taw lagi kisah dya . So , sebab tuh lah Nanaa
nak crita pasal dya ney haa :) Nanaa boleh taw pasal dia pown sebab Nanaa
terjumpa majalah lama kat dalam almari buku tadi . Sebab tuh lah yang beria-ria
nak story pasal dia . Hehew .
Ehh , ehh . Sat sat
sat ! Nak tanya ney . Hangpa kenal ka sapa Adam Corrie Lee ney ? Hah ? takk
kenal . Alalala , yang hok dok berlakon tuh lah . Ney , tengok gambaq dia dekat bawah ney .
Okey , dah kenal kan ? Hah ,
Nanaa nak story pasal dia lah ney .
“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala , Port Dickson . Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar . Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu . Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka ."
“Apatah lagi ,
kawan baik saya semasa kecil , Rahim merupakan anak seorang ustaz . Saya
tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga
baik ."
“Tanggal 13 Julai 2007 , secara rasmi saya telah kembali pada fitrah . Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Buddha . Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi . Belajar bagaimana solat , serba sedikit mengenai fardu ain ."
“Saya telah
mengucap dua kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah . Alhamdulillah
dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun . Impian pertama sebagai
Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya ."
Nak taw macam mana dia boleh
peluk Islam ? Hurmm , dia dapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah
berdoa pada Allah sebelum tidur .
"Ketika tidur saya telah
bermimpi SEPERTI berada di syurga , lalu didatangi seorang yang bercahaya putih
, mukanya bersih tersenyum . Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu .
INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu ."
"Alhamdulillah impian pertama
selepas memeluk Islam , perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat
5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah . Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi
saudara baru , Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya."
"Sejak awal
perkahwinan lagi , setiap malam sebelum tidur isteri saya akan bacakan buku
agama , manakala saya akan mendengarnya . Mula-mula isteri membaca buku
mengenai Rasul-rasul . Kemudian membaca buku berkaitan hukum hakam agama
."
"Membaca buku sebelum tidur sudah menjadi rutin. Sekarang kami sudah
bergilir-gilir membaca dan mendengar . Salah satu cara menimba ilmu dan
mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri."
Wahhh , sweetnya .
Mulianya hati isteri Adam Corrie tolong suami dia dalam mengenali lebih dalam
lagi mengenai Islam . Indahnya cahaya taufiq dan hidayah , semua ini
nikmat yang sangat besar . Alhamdulillah :)
Sekarang ney ,
kebanyakan lah yang Nanaa tengok orang yang baru peluk Islam ney sebenarnya
lebih baik , lebih jaga solat 5 waktu dan lebih alim lagi dari orang yang sejak
azali lagi Islam . Kan ? Kan ? Entah lah apa pendapat korang .
Tapi kalau mengikut kajian Nanaa macam ney lah . Hehew :)
Sepatutnya kita
yang Islam ney kena bersyukur sebab dilahirkan dalam keadaan Islam . Actually ,
Nanaa pown tak berapa baik sangat , banyak kekurangan . Tapi InsyaAllah akan
diubah perlahan-lahan . Btw , isteri Corrie Lee ney memang the best lah . Dia
banyak tolong suami dia . Seandainya semua orang dekat dunia ney macam isteri
dia . Woaahh :O
Hope Adam Corrie Lee dengan isteri
bahagia hingga ke Jannah . Aamiinn :)